Saturday, December 17, 2011

Jom Berkenalan dengan keluarga V !

eh-eh, jawab salam dulu ! xD
Okeyh, hi peeps !
seperti yang dijanjikan,
Puteri nak cerita pasal keluarga V nie..
siapa V ? Apa kebaikan dia ?
Jom kita baca ! YEAHHH ! :D
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Okayh ! V yang puteri maksudkan kat atas tu sebenarnya VITAMIN..hehe..awat ? hang terkejut ka ? hehe. OKayh ! mari kita mulakan..

Apa itu Vitamin ?
Vitamin ialah sejenis bahan organik yangdiperlukan oleh badan kita, dalam jumlah yang kecil. Vitamin membantu kita dalam mengawal kesihatan, mencegah kita daripada jangkitan penyakit, dan membantu pertumbuhan tubuh badan kita. Bagi menjalani hidup sihat, kita sangat perlukan vitamin.

ni lah contoh2 vitamin ^_^

JENIS-JENIS VITAMIN

Vitamin A
Vitamin ini sangat penting dalam menggalakkan pertumbuhan tulang, melindungi kita daripada penyakit, mengelakkan mata kita daripada rabun, dan dapat memperbaiki struktur kulit dan rambut kita. Kulit dan rambut? Wah, tentu ramai gadis dan remaja mula menjadikan Vitamin A sebagai rakan baik. Contoh makanan : susu, ikan, buah-buahan(berwarna merah dan kuning seperti pisang dan betik), srta sayur-sayuran berwarna hijau dan kuning.

betik dan pisang.

Vitamin B
Terdapat enam jenis vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12. Secara keseluruhannya, vitamin B berfungsi bagi membentuk selera makan, memudahkan pencernaan, menjaga tisu mata, membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, dan membantu proses metabolisma. Contoh makanan : gandum, daging, susu, telur dan kacang hijau.

telur dan kacang hijau.

Vitamin C
Meningkatkan daya tahan tubuh, membantu penyembuhan luka. Ini membantu penyerapan zat besi dan kalsium, mempertahankan kesihatan kulit, membentuk tulang dan gigi. Vitamin C lebih kepada menyediakan badan supaya lebih kuat daripada penyakit! Contoh makanan : nanas, tomato, brokoli dan kentang.

tomato dan kentang.

Vitamin D
Vitamin D pula membantu pembekuan darah, menjaga kesihatan tulang dan gigi, dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus. Contoh makanan : minyak ikan, susu, telur dan keju boleh diambil bagi mendapatkan vitamin D.

susu dan keju.

Vitamin E
Ini ialah vitamin yang paling besar fungsinya dalam tubuh badan kita. Vitamin E sangat penting bagi mempertahankan fungsi saraf dan otot, mengekalkan pertumbuhan normal, melindungi struktur membran(membrane) daripada rosak, mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah(red blood cell membrane). Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan. Contoh makanan : ikan, ayam, kuning telur dan minyak tumbuh-tumbuhan.

amboi sedapnya tengok gambar ikan + ayam goreng nie. terliur pulakk :D

Vitamin K
Membantu pembekuan darah pada luka. Ini amat diperlukan bagi mereka yang mengalami kemalangan atau pembedahan. Contoh makanan : susu, kuning telur, brokoli dan bayam.

kuning telur, bayam dan brokoli.

Hah, camne? dah baca? seronok tak ? T_T macamana nak seronok semua pasal vitamin je xD hehe. okayh. Hope korang dapat manfaatkan fakta tentang makanan ni kay? jangan sia-siakan, penat puteri menaip tau! sumpah! tak tipu, memang puteri tak copy + paste dari blog orang. Semua fakta yang korang baca kat atas tu, puteri amik dari majalah..majalah apa? R A H S I A ..hehe! Nak copy + paste kat blog korang? boleh, tapi bagitau kay? Terpulanglah nak bagitau kat comment @ shoutbox okay? YANG PENTING KENA BAGITAU !! kang kalau amik tak bagitau dipanggil apa? MENCURI. Hah, pandai p0n..nak ke rasa jadi pencuri kat alam maya nie? taknak kann? so, better bagitau puteri kayh? :)

Yang berkongsi ilmu,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2010 ♥ All Right Reserved by Puteri Nurain